- Iklan -
Luar Sana

PM Kemboja Hun Sen bakal bersara, serah kuasa kepada anak

Hun Manet akan menjadi perdana menteri dalam masa lebih tiga minggu sahaja.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Hun Manet, anak kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dilihat di pusat mengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Kemboja, di Phnom Penh, Kemboja, 23 Julai. Gambar: Reuters
Hun Manet, anak kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dilihat di pusat mengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Kemboja, di Phnom Penh, Kemboja, 23 Julai. Gambar: Reuters

Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen mengumumkan bakal bersara selepas berkhidmat selama 38 tahun dan menyerahkan tampuk kuasa kepada anak sulungnya, Hun Manet, lapor Xinhua.

"Hun Manet akan menjadi perdana menteri dalam masa lebih tiga minggu sahaja," katanya dalam ucapan khas yang disiarkan Televisyen Kebangsaan Kemboja (TVK) saluran rasmi kerajaan pada Rabu.