- Iklan -
Luar Sana

Filipina dakwa China banyak lakukan gangguan di lokasi titik pertikaian

Ia berlaku berhampiran Second Thomas Shoal, sebuah terumbu karang yang tenggelam di mana Filipina menuntut kedaulatan melalui penempatan tentera yang tinggal di atas kapal usang milik Amerika Syarikat era Perang Dunia Kedua yang sengaja didaratkan pada 1999.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah kapal Pengawal Pantai China didakwa menghalang kapal Pengawal Pantai Filipina Malabrigo ketika ia memberikan bantuan sewaktu operasi Tentera Laut Filipina berhampiran lokasi titik pertikaian Second Thomas Shoal di Laut China Selatan, 30 Jun. Gambar: Reuters

Filipina pada hari ini mendakwa pengawal pantai China melakukan gangguan, halangan dan "gerakan berbahaya" terhadap kapalnya, selepas satu lagi insiden berhampiran lokasi titik pertikaia duan negara di Laut China Selatan. 

Jurucakap pengawal pantai Filipina Jay Tarriela dalam ciapan di Twitter memberitahu bot mereka yang membantu operasi tentera laut pada 30 Jun "sentiasa diekori, diganggu, dan dihalang oleh kapal pengawal pantai China yang jauh lebih besar".

Ia berlaku berhampiran Second Thomas Shoal, sebuah terumbu karang yang tenggelam di mana Filipina menuntut kedaulatan melalui penempatan tentera yang tinggal di atas kapal usang milik Amerika Syarikat era Perang Dunia Kedua yang sengaja didaratkan pada 1999. 

Reuters cuba mendapatkan maklum balas daripada Kedutaan China di Manila namun tidak berjaya dan isu itu tidak disentuh ketika taklimat oleh Kementerian Luar di Beijing hari ini.

Tarriela berkata kapal itu terpaksa mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan sebarang perlanggaran.

Tentera Filipina menjalankan misi menghantar bekalan tetap untuk tentera di kapal tentera AS, Sierra Madre, di sana 

Ini termasuk pada Februari, apabila negara itu menuduh China melakukan pencerobohan dan memancarkan "laser gred tentera" ke atas kapalnya. 

Beting itu terletak di dalam zon ekonomi eksklusif Filipina sepanjang 200 batu. 

Tarriela menyifatkan kehadiran kapal tentera China sebagai "membimbangkan", sambil menambah ia menimbulkan "kebimbangan yang lebih besar". 

China sebelum ini menyatakan bahawa pengawal pantainya menjalankan operasi tetap di perairan republik itu. 

China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan melalui "nine-dash line" pada petanya yang memotong zon ekonomi eksklusif Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 berkata garis itu tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.