- Iklan -
Luar Sana

Polis Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia

Kebimbangan antarabangsa semakin meningkat mengenai penipuan internet di rantau Asia Pasifik yang sering dikendalikan oleh mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan kripto palsu.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang anggota polis berkawal di dalam kawasan serbuan di sebuah bangunan di Metro Manila pada 27 Jun. Gambar: AFP
Seorang anggota polis berkawal di dalam kawasan serbuan di sebuah bangunan di Metro Manila pada 27 Jun. Gambar: AFP

Polis Filipina berkata mereka telah menyelamatkan lebih 1,000 orang yang didakwa diperdagangkan ke negara itu untuk bekerja di kasino dalam talian di Manila. 

Warga China, Vietnam, Singapura dan Malaysia antara yang ditemui ketika polis menyerbu bangunan di dalam kawasan di ibu negara itu malam semalam. 

Polis berkata, mangsa yang didakwa telah menerima pekerjaan yang disiarkan di Facebook untuk bekerja di Filipina sebagai "pembantu permainan dalam talian".

Kebimbangan antarabangsa semakin meningkat mengenai penipuan internet di rantau Asia Pasifik yang sering dikendalikan oleh mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan kripto palsu.

Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian hari ini melihat dua bas polis dan dua lori polis diletakkan di luar perkarangan. 

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan. 

“Pada mulanya ini adalah kes pemerdagangan manusia,” kata Michelle Sabino, jurucakap kumpulan anti-jenayah siber Polis Filipina, kepada pemberita selepas serbuan itu. 

"Semuanya akan disiasat," katanya, termasuk sama ada pekerja berkenaan terbabit secara dalam talian atau tidak. 

Pada Mei lalu, pihak berkuasa menyelamatkan lebih seribu orang dari beberapa negara Asia yang telah diperdagangkan ke Filipina, ditahan dan dipaksa menjalankan penipuan dalam talian.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.