- Iklan -
Luar Sana

Pertemuan saat akhir Blinken, Xi cetus spekulasi

Ia dilihat sebagai isyarat khas dan petanda bahawa Beijing berhasrat memulihkan ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Negara AS Antony Blinken tiba di Beijing, China, 18 Jun. Gambar: Reuters
Setiausaha Negara AS Antony Blinken tiba di Beijing, China, 18 Jun. Gambar: Reuters

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan bertemu Presiden China Xi Jinping sebelum beliau berlepas dari Beijing pada Isnin selepas lawatan dua hari, lapor media China.

Pengumuman pada saat-saat akhir itu dilihat sebagai isyarat khas dan petanda bahawa Beijing berhasrat memulihkan ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ini adalah lawatan pertama Blinken ke China sejak 2018.

Setiausaha Negara AS itu terdahulu mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi dasar luar China, Wang Yi.

Sementara itu, Wang menuduh AS mempunyai "persepsi yang salah" terhadap China, yang seterusnya mencetuskan "dasar yang salah" terhadap negara itu.

Wang berkata lawatan Blinken ke Beijing dibuat pada saat kritikal dalam hubungan China-AS dan adalah perlu untuk membuat pilihan antara "dialog atau konfrontasi, kerjasama atau konflik."

AS katanya, mesti menghentikan dakyah "teori ancaman dari China" dan juga mesti menarik balik "sekatan unilateral haram" terhadap China selain menamatkan "penindasan pembangunan teknologi" negaranya.