- Iklan -
Luar Sana

Pengguna Instagram dari beberapa negara alami gangguan aplikasi

Gangguan berkenaan dilaporkan oleh pengguna dari Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Miniatur taman permainan kanak-kanak dilihat di hadapan logo Instagram yang dipaparkan dalam ilustrasi yang diambil pada 4 April 2023. Gambar: Reuters
Miniatur taman permainan kanak-kanak dilihat di hadapan logo Instagram yang dipaparkan dalam ilustrasi yang diambil pada 4 April 2023. Gambar: Reuters

Pengguna platform media sosial Instagram dari beberapa negara pada Jumaat melaporkan gangguan berkaitan cara aplikasi itu berfungsi, lapor Sputnik berdasarkan maklumat daripada penjejak gangguan Downdetector.

"Laporan pengguna menunjukkan Instagram menghadapi masalah sejak 9.20 malam," ciap Downdetector.

Menurut laman sesawang web itu, gangguan berkenaan dilaporkan oleh pengguna dari Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Walaupun kebanyakan pengguna melaporkan gangguan pada aplikasi Instagram, masalah sama turut berlaku dalam versi web dan kebenaran akaun, menurut portal itu.