- Iklan -
Luar Sana

Imran Khan dinamakan ‘bersubahat’ dalam kes bunuh peguam

Khan, yang belum didakwa berhubung pembunuhan peguam itu, bagaimanapun menafikan semua kes terhadapnya dan menyifatkan ia sebagai rekaan semata-mata oleh pihak lawan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan berhenti seketika ketika bercakap dengan Reuters semasa wawancara, di Lahore, Pakistan 17 Mac. Gambar: Reuters
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan berhenti seketika ketika bercakap dengan Reuters semasa wawancara, di Lahore, Pakistan 17 Mac. Gambar: Reuters

Polis Pakistan semalam secara rasmi menamakan bekas perdana menteri Imran Khan mempunyai kaitan dengan satu kes pembunuhan oleh lelaki bersenjata terhadap seorang peguam yang menuntut prosiding menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Polis mengaitkan kes tersebut dengan bekas wira kriket berusia 70 tahun itu sebagai "bersubahat untuk membunuh", yang ketika ini berdepan puluhan pertuduhan sejak penyingkirannya dalam undi tidak percaya di Parlimen pada April tahun lalu. 

Khan, yang belum didakwa berhubung pembunuhan peguam itu, bagaimanapun menafikan semua kes terhadapnya dan menyifatkan ia sebagai rekaan semata-mata oleh pihak lawan. 

Reuters cuba mendapatkan komen daripada Setiausaha penerangan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, Rauf Hasan, namun tidak berjaya.

Jurucakap kerajaan wilayah Babar Khan berkata Khan boleh menghadapi pertuduhan rasmi jika kes pembunuhan itu dibicarakan.

Abdur Razaq, peguam yang dibunuh, sebelum ini memfailkan petisyen mahkamah menuntut prosiding hasutan terhadap Khan kerana membubarkan kerajaannya selepas usul undi tidak percaya. 

Menurut polis, Razaq maut selepas ditembak lelaki bersenjata yang menunggang motosikal ketika beliau dalam perjalanan ke mahkamah Selasa lalu.

Anak lelaki Razaq, Siraj Ahmad, yang juga seorang peguam, memberitahu polis bahawa bapanya telah dibunuh oleh lelaki tidak dikenali dengan "bersubahat dengan bekas perdana menteri", menurut laporan polis yang difailkan olehnya dan dilihat Reuters. 

Sehingga kini, masih belum jelas bagaimana hubungan antara lelaki bersenjata yang tidak dikenali dan Khan berlaku.

Minggu lalu, Khan dibebaskan dengan jaminan atas tuduhan bersubahat dengan keganasan terhadap tentera oleh penyokongnya yang membantah selepas dia ditangkap dan ditahan pada 9 Mei dalam kes rasuah.