- Iklan -
Luar Sana

Pengasas bersama Grab undur daripada operasi syarikat

Jawatankuasa penamaan akan mempertimbangkan calon yang sesuai untuk menambah ahli lembaga pengarah hujung tahun ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pegawai Eksekutif Grab Anthony Tan dan pengasas bersama Tan Hooi Ling memegang Kristal Nasdaq yang diterima daripada pengerusi Nasdaq Apac, Robert McCooey, pada satu majlis di sebuah hotel di Singapura, 2 Disember 2021. Gambar: Reuters

Grab Holdings Ltd yang berpangkalan di Singapura mengumumkan bahawa pengasas bersamanya, Tan Hooi Ling tidak lagi terlibat dalam operasi syarikat perkhidmatan e-hailing itu menjelang akhir tahun ini.

Menurut syarikat itu, Hooi Ling yang mengasaskan Grab bersama Ketua Pegawai Eksekutif Anthony Tan pada 2012, akan memainkan peranan sebagai penasihat. 

Pelan penggantiannya telah disediakan buat masa ini, tulis Tan dalam memo dalaman kepada pekerja, sambil menambah bahawa Hooi Ling juga akan melepaskan jawatan sebagai pengarah syarikat itu. 

Tan dan Hooi Ling mula membangunkan firma pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara itu ketika membentangkan idea pada pertandingan perniagaan Harvard Business School pada 2011. 

Dalam memo itu, Tan berkata ketika ini tempat Hooi Ling tidak akan digantikan serta merta. 

Jawatankuasa penamaan akan mempertimbangkan calon yang sesuai untuk menambah ahli lembaga pengarah hujung tahun ini. 

Beliau kini mengetuai bahagian teknologi Grab dan telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah sejak penyenaraian awam syarikat itu pada Disember 2021.