- Iklan -
Luar Sana

India keluar amaran gelombang panas di 7 negeri

Gelombang haba berkemungkinan besar berlaku di beberapa kawasan di negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita menggunakan besen bagi melindungi diri dari bahang cahaya matahari di sebuah tapak pembinaan di Ahmedabad, India, 28 April. Gambar: Reuters
Seorang wanita menggunakan besen bagi melindungi diri dari bahang cahaya matahari di sebuah tapak pembinaan di Ahmedabad, India, 28 April. Gambar: Reuters

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba di tujuh negeri, kata pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.

Gelombang haba berkemungkinan besar berlaku di beberapa kawasan di Uttar Pradesh dan Gangetic West Bengal, Jharkhand, selatan Haryana, barat Rajasthan, Chhattisgarh dan utara Madhya Pradesh.

Cuaca panas dan tidak selesa dijangka berlaku di Odisha dalam tempoh lima hari akan datang selain di wilayah Konkan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala sehingga Isnin.

Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi