- Iklan -
Luar Sana

Angka korban pengikut ajaran sesat di Kenya cecah 227 orang

Seorang paderi mengarahkan pengikutnya supaya mati kelaparan agar mereka dimasukkan ke dalam syurga sebelum kiamat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pakar forensik dan detektif pembunuhan dari Bahagian Siasatan Jenayah (DCI), menyusun mayat yang disyaki pengikut kultus Kristian di Gereja Good News International, Kenya, 11 Mei. Gambar: Reuters
Pakar forensik dan detektif pembunuhan dari Bahagian Siasatan Jenayah (DCI), menyusun mayat yang disyaki pengikut kultus Kristian di Gereja Good News International, Kenya, 11 Mei. Gambar: Reuters

Angka kematian di Kenya dipercayai akibat kultus kebuluran meningkat kepada 227 pada Rabu selepas pihak polis menemukan 15 lagi mayat.

Pesuruhjaya Wilayah Pantai Rhoda Onyancha mengesahkan penemuan mayat itu semasa taklimat media, lapor Agensi Anadolu.

"Jumlah orang hilang kini meningkat kepada 611," kata Onyancha, merujuk kepada gesaan pihak polis agar orang ramai tampil melaporkan mengenai kehilangan orang tersayang. 

Sebelum ini, beratus-ratus mayat telah ditemukan di Hutan Shakahola di Daerah Kilifi sejak pertengahan April semasa penyiasatan dijalankan terhadap kultus yang dikendalikan oleh Mackenzie, seorang paderi yang mengetuai Gereja Good News International di Kenya.

Dia dituduh mengarahkan pengikutnya supaya mati kelaparan agar mereka dimasukkan ke dalam syurga sebelum kiamat.

Siasatan yang bermula bulan lalu mendedahkan beberapa mangsa kehilangan organ mereka, mendorong dakwaan berlakunya pemerdagangan organ manusia.