- Iklan -
Luar Sana

Kemboja gesa tindakan kolektif lindungi hidupan liar

Kementerian Alam Sekitar negara itu menggesa semua pihak menghentikan jualan, membeli dan makan daging hidupan liar kerana aktiviti ini memusnahkan hidupan liar dan biodiversiti.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Harimau belang atau Malayan Tiger adalah antara spesies hidupan liar yang diancam kepupusan susulan aktiviti pemburuan haram. Gambar: Bernama
Harimau belang atau Malayan Tiger adalah antara spesies hidupan liar yang diancam kepupusan susulan aktiviti pemburuan haram. Gambar: Bernama

Kemboja menggesa pihak berkepentingan yang terdiri daripada organisasi berkaitan, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan komuniti tempatan mengambil tindakan kolektif untuk melindungi hidupan liar dan sumber semula jadi lain.

"Kementerian Alam Sekitar menggesa semua pihak menghentikan jualan, membeli dan makan daging hidupan liar kerana aktiviti ini memusnahkan hidupan liar dan biodiversiti Kemboja yang mempunyai kepentingan global," kata Setiausaha Negara Kementerian Alam Sekitar Neth Pheaktra semasa pelancaran Kempen Sifar Jerat fasa-2 di barat daya wilayah Koh Kong, lapor Xinhua.

"Apabila penggunaan jerat dihentikan, pembunuhan hidupan liar juga akan berakhir," katanya dan menambah tindakan itu memerlukan komitmen dan penyertaan bersepadu.

Seng Teak, Pengarah Negara Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF)-Kemboja, berkata tindakan untuk menyekat kemusnahan hidupan liar akibat jerat dan pemburuan haram memerlukan perubahan yang inovatif, baharu dan berani.

Christel Griffioen, pengarah negara Angkor Centre for Conservation of Biodiversity (ACCB), berkata jerat tidak kira hidupan liar mana dan bertanggungjawab membunuh dan mencederakan teruk pelbagai spesies.