- Iklan -
Luar Sana

Agensi antitrust Itali lancarkan siasatan terhadap Apple

Agensi itu mendakwa bahawa pembangun luaran dan pengiklan mengalami kekurangan 'kualiti data yang dibekalkan oleh Apple'.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail menunjukkan pengunjung berjalan melepasi kedai Apple di Glendale Galleria di Glendale, California 8 Disember 2010. Gambar: Reuters
Gambar fail menunjukkan pengunjung berjalan melepasi kedai Apple di Glendale Galleria di Glendale, California 8 Disember 2010. Gambar: Reuters

Agensi antitrust Itali, AGCM, pada Khamis melancarkan siasatan terhadap syarikat teknologi Amerika Syarikat, Apple, atas dakwaan penyalahgunaan kedudukan dominannya dalam pasaran aplikasi, lapor Agensi Anadolu.

AGCM menyatakan bahawa sejak April 2021, syarikat berkenaan dianggap telah mengambil pendekatan polisi privasi yang lebih terhad terhadap pembangun aplikasi pihak ketiga berbanding yang diterapkan kepadanya.

AGCM mendakwa bahawa pembangun luaran dan pengiklan mengalami kekurangan "kualiti data yang dibekalkan oleh Apple."

Selain itu, ia menambah bahawa pembangun aplikasi luaran menerima maklumat berkualiti rendah mengenai keberkesanan kempen pengiklanan mereka di dalam aplikasi.

"Oleh sebab itu, menurut pihak berkuasa, perlakuan diskriminatif oleh Apple dapat menyebabkan penurunan pendapatan pengiklanan untuk pengiklan luaran."

Di bawah undang-undang persaingan EU, syarikat yang terbukti bersalah melakukan penyalahgunaan dominasi pasaran berisiko dikenakan denda sehingga 10% daripada jumlah jualan tahunannya.