- Iklan -
Luar Sana

28 rakyat Palestin maut, 93 cedera serangan hari ketiga Israel di Gaza

Kumpulan bersenjata di Palestin dan Israel saling berbalas serangan susulan kematian tiga pemimpin kanan Jihad Islam dalam serangan udara mengejut pada Selasa di Semenanjung Gaza.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di dalam runtuhan, selepas serangan Israel, di utara Semenanjung Gaza pada 12 Mei. Gambar: Reuters
Orang ramai berjalan di dalam runtuhan, selepas serangan Israel, di utara Semenanjung Gaza pada 12 Mei. Gambar: Reuters

Jet tempur Israel pada Khamis meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan ke wilayah rejim, menyebabkan 28 rakyat Palestin maut dan 93 cedera.

Menurut pegawai perubatan dan keselamatan Palestin, konflik itu menyebabkan 28 rakyat Palestin, termasuk 15 orang awam, terbunuh selepas dua lagi maut pada petang Khamis di pekan Abassan, lapor Xinhua.

Dua yang maut ialah anggota kumpulan Briged Al-Mujahidin, satu daripada kumpulan bersenjata di Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa serangan udara Israel setakat ini menyebabkan 93 orang cedera.

Kumpulan bersenjata di Palestin dan Israel saling berbalas serangan susulan kematian tiga pemimpin kanan Jihad Islam dalam serangan udara mengejut pada Selasa di Semenanjung Gaza.