- Iklan -
Luar Sana

Rakyat UK mengaku salah godam Twitter presiden AS

Penggodaman Twitter 2020 menjejaskan lebih daripada 100 akaun berprofil tinggi di laman media sosial.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden. Gambar: Reuters
Presiden AS Joe Biden. Gambar: Reuters

Seorang warga Britain mengaku bersalah menggodam akaun Twitter milik tokoh berprofil tinggi pada 2020 seperti calon presiden Demokrat ketika itu Joe Biden, lapor Sputnik, memetik kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

"Seorang warga United Kingdom (UK) mengaku bersalah hari ini di New York atas peranannya menghendap secara maya serta terbabit pelbagai skim yang melibatkan penggodaman komputer, termasuk penggodaman Twitter Julai 2020.

Penggodaman Twitter 2020 menjejaskan lebih daripada 100 akaun berprofil tinggi di laman media sosial. Beberapa akaun yang digodam termasuk milik Elon Musk, bekas Presiden Barack Obama, dan pelabur Warren Buffett. 

Jabatan Kehakiman juga berkata O'Connor dan rakannya melakukan perancangan untuk menggunakan pertukaran modul pengenalan pelanggan (SIM) bagi menjalankan pencerobohan siber dengan mencuri mata wang kripto bernilai kira-kira AS$794,000 daripada syarikat yang berpangkalan di Manhattan yang menyediakan infrastruktur dompet dan perisian berkaitan.