- Iklan -
Luar Sana

AS dakwa pencerobohan China terhadap Taiwan henti pengeluaran cip, jejas ekonomi dunia

Pencerobohan China ke atas Taiwan berpotensi melenyapkan sehingga RM4.5 trilion setahun daripada ekonomi global dalam tempoh beberapa tahun pertama.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Logo syarikat gergasi cip Taiwan, TSMC boleh dilihat di Tainan, Taiwan, 29 Disember 2022. Gambar: Reuters
Logo syarikat gergasi cip Taiwan, TSMC boleh dilihat di Tainan, Taiwan, 29 Disember 2022. Gambar: Reuters

Pencerobohan China ke atas Taiwan berpotensi menghentikan pengeluaran oleh pembuat cip semikonduktor terbesar di dunia.

Ini sekali gus melenyapkan sehingga AS$1 trilion (kira-kira RM4.5 trilion) setahun daripada ekonomi global dalam tempoh beberapa tahun pertama, kata pegawai perisikan tertinggi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis. 

Pengarah Perisikan Kebangsaan AS Avril Haines membentangkan apa yang dipanggilnya "anggaran am" sewaktu memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat. 

Beliau menyatakan bahawa cip semikonduktor termaju yang dihasilkan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company Ltd (TSMC) digunakan dalam "hampir setiap kategori peranti elektronik di seluruh dunia." 

Jika pencerobohan China menghentikan TSMC daripada mengeluarkan cip tersebut, "ia akan mempunyai kesan kewangan global terbesar di antara AS$600 bilion hingga AS$1 trilion setiap tahun untuk beberapa tahun pertama," katanya. 

"Ia juga akan memberi kesan kepada KDNK (AS) kita jika terdapat pencerobohan sedemikian ke atas Taiwan dan (pengeluaran TSMC) disekat," sambung Haines. 

"Ia juga akan memberi kesan, jika mereka berhenti membuat cip, terhadap ekonomi China."