- Iklan -
Luar Sana

Lelaki ditahan selepas baling 'kartrij senapang patah' di kawasan Istana Buckingham

Suspek ditahan pihak berkuasa keselamatan kira-kira 7 malam waktu tempatan selepas dia menghampiri pintu pagar istana.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis dan pasukan keselamatan berkawal di pagar Istana Buckingham selepas polis Britain menahan seorang lelaki di luar Istana Buckingham kerana melemparkan objek yang dipercayai ‘kartrij senapang patah’ di London, Britain 2 Mei. Gambar: Reuters

Seorang lelaki ditahan pada Selasa selepas melemparkan objek yang dipercayai "kartrij senapang patah" di pekarangan Istana Buckingham, kata Polis Metropolitan London.

Suspek ditahan pihak berkuasa keselamatan kira-kira 7 malam waktu tempatan selepas dia menghampiri pintu pagar istana, menurut Agensi Anadolu.

“Lelaki itu kini dalam tahanan polis.

"Tiada laporan mengenai sebarang tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan kepada anggota keselamatan atau orang awam. Pegawai masih berada di tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Ketua Superintendan Joseph McDonald dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum istiadat pertabalan Raja Charles III pada Sabtu ini.

Tahap keselamatan di ibu negara dipertingkat untuk pertabalan pertama Britain dalam tempoh hampir 70 tahun.