- Iklan -
Luar Sana

Lelaki didakwa selepas panjat Royal Mews di Istana Buckingham

Awad Rovalino ditangkap di luar kandang kuda di Royal Mews, yang bertanggungjawab untuk semua pengaturan perjalanan jalan raya untuk Raja Charles dan ahli Keluarga Diraja, dan merupakan tempat simpanan kepada Gold State Coach.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seekor musang berlari melepasi Istana Buckingham di London, Britain, 8 September. Gambar: Reuters
Seekor musang berlari melepasi Istana Buckingham di London, Britain, 8 September. Gambar: Reuters

Seorang lelaki didakwa menceroboh selepas ditangkap ketika memanjat tembok bangunan kandang kuda diraja, Royal Mews bersebelahan dengan Istana Buckingham di London, kata polis hari ini. 

Pegawai telah dimaklumkan mengenai laporan pada 1.25 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu mengenai lelaki itu memanjat tembok untuk masuk ke Royal Mews yang terletak di belakang taman Istana. 

Awad Rovalino, 25, ditahan di luar kandang kuda di Royal Mews, yang bertanggungjawab ke atas semua pengaturan perjalanan jalan raya untuk Raja Charles dan ahli Keluarga Diraja.

Royal Mews juga merupakan tempat simpanan kepada Gold State Coach. 

Polis Metropolitan London berkata lelaki itu juga telah didakwa atas cubaan mencuri kenderaan bermotor sewaktu kejadian yang sama, dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.