- Iklan -
Luar Sana

Angka kematian akibat Covid-19 turun 95% tahun ini, kata WHO

Bagaimanapun, ancaman pandemik itu masih belum berakhir memandangkan virus itu masih boleh bermutasi dan menyebabkan gelombang kematian baharu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Gambar: Reuters
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Gambar: Reuters

Jumlah kematian akibat Covid-19 menurun 95% sejak awal tahun ini, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Rabu.

"Kami gembira dengan penurunan berterusan angka kematian yang dilaporkan akibat Covid-19, kata Ghebreyesus pada taklimat akhbar, lapor Sputnik.

Bagaimanapun, ancaman pandemik itu masih belum berakhir memandangkan virus itu masih boleh bermutasi dan menyebabkan gelombang kematian baharu, kata Ghebreyesus.

"Anggaran satu daripada 10 jangkitan menyumbang kepada keadaan pasca Covid-19, yang menunjukkan bahawa ratusan juta orang akan memerlukan penjagaan jangka panjang. Kemunculan varian XBB.1.16 baharu, virus yang masih bermutasi itu mampu menyebabkan gelombang baharu penyakit dan kematian," katanya.

Beliau, bagaimanapun. kekal optimistik mengenai kemungkinan WHO akan mengisytiharkan berakhirnya pandemik Covid-19 global pada 2023, kata Ghebreyesus.

Menurut angka WHO, sehingga 26 April, lebih 764 juta kes Covid-19disahkan sejak permulaan wabak global dengan 6.9 juta kematian direkodkan.