Arab Saudi bawa keluar 350 lagi warga asing dari Sudan
Setakat ini, lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera di Sudan sejak 15 April lalu.
Terkini
Arab Saudi memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain, menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang disiarkan di Twitter pada Isnin.
Antara yang dipindahkan ialah rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Itali, Qatar, Syria, Belanda, Iraq, Türkiye, Tanzania, Lubnan dan Libya, lapor Agensi Anadolu.
''Kerajaan Arab Saudi akan meneruskan usaha dan menawarkan bantuan untuk memastikan warga asing dapat dibawa keluar dengagn selamat menuju ke destinasi masing-maisng,'' menurut kenyataan itu.
Pertempuran hebat di Sudan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memasuki minggu kedua.
Setakat ini, lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera sejak 15 April.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.