- Iklan -
Luar Sana

Seorang maut, enam cedera, garaj letak kereta runtuh di New York

Garaj tempat letak kereta empat tingkat 'ranap' sejurus selepas jam 4 petang, kata pegawai perbandaran.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa kereta ranap ereta selepas garaj tempat letak kereta runtuh di daerah Manhattan di New York, Amerika Syarikat, 18 April. Gambar: Reuters
Beberapa kereta ranap ereta selepas garaj tempat letak kereta runtuh di daerah Manhattan di New York, Amerika Syarikat, 18 April. Gambar: Reuters

Seorang maut manakala enam lagi cedera selepas sebahagian bangunan di hilir Manhattan runtuh pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik pegawai kecemasan.

Garaj tempat letak kereta empat tingkat "ranap” sejurus selepas jam 4 petang, kata pegawai perbandaran.

Butiran mengenai kematian belum didedahkan manakala anggota bomba berusaha mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap.

Beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan dan kini dilapor stabil.

Anggota bomba pada mulanya memasuki bangunan itu tetapi kemudian mengosongkan premis berkenaan selepas strukturnya dianggap tidak selamat.

Garaj itu dilaporkan dimiliki oleh Abacus Bank.