- Iklan -
Luar Sana

Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini

Ketua Eksekutif Disney Bob Iger mengesahkan perkara berkenaan menerusi memo bahawa pemberhentian dilaksanakan dalam tiga peringkat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkumpul di taman tema Magic Kingdom sebelum perarakan ‘Festival of Fantasy’ di Walt Disney World di Orlando, Florida, Amerika Syarikat pada 30 Julai 2022. Gambar: Reuters
Orang ramai berkumpul di taman tema Magic Kingdom sebelum perarakan ‘Festival of Fantasy’ di Walt Disney World di Orlando, Florida, Amerika Syarikat pada 30 Julai 2022. Gambar: Reuters

Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.

Ketua Eksekutif Disney Bob Iger mengesahkan perkara berkenaan menerusi memo bahawa pemberhentian dilaksanakan dalam tiga peringkat. 

Selepas minggu ini, peringkat kedua membabitkan "lebih banyak" pekerja diberhentikan pada April dan peringkat terakhir akan berlaku "sebelum permulaan musim panas" menurut laporan itu.

Iger berkata Disney telah membuat "keputusan sukar" untuk mengurangkan tenaga kerja dan dilihat sebagai "sebahagian daripada penjajaran semula syarikat, termasuk langkah penjimatan kos untuk mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan, diselaraskan dan diperkemas".

Disney mengumumkan penamatan perkhidmatan 7,000 pekerja pada 8 Februari. yang mewakili sekitar 3.2% daripada 220,000 pekerjanya di seluruh dunia.

Syarikat itu menyasarkan penjimatan kos AS$5.5 bilion, termasuk penjimatan kandungan sebanyak AS$3 bilion.