Luar Sana
Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik di luar zon ekonomi Jepun
Republik itu dilaporkan menguji peluru berpandu balistik dari kawasan Chunghwa ke Laut Jepun.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Pyongyang pada pagi Isnin melancarkan dua peluru berpandu balistik dari pantai barat, sebelum mendarat di luar zon ekonomi eksklusif Jepun, menurut Kementerian Pertahanan Jepun.
Korea Utara dilaporkan menguji peluru berpandu balistik dari kawasan Chunghwa ke Laut Jepun, Sputnik memetik laporan agensi berita Yonhap, memetik tentera Korea Selatan.
Kementerian pertahanan Jepun memaklumkan bahawa dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara mencapai altitud 50 kilometer (31 batu) dan menjelajah sejauh kira-kira 350 kilometer (217 batu).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -