- Iklan -
Luar Sana

Biden isytihar darurat selepas puting beliung landa Mississippi

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas puting beliung dan ribut melanda Mississippi pada malam Jumaat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dewan Bandaraya Rolling Fork rosak teruk akibat ribut petir yang membawa angin kencang dan puting beliung di Rolling Fork, Mississippi, Amerika Syarikat. 26 Mac. Gambar: Reuters
Dewan Bandaraya Rolling Fork rosak teruk akibat ribut petir yang membawa angin kencang dan puting beliung di Rolling Fork, Mississippi, Amerika Syarikat. 26 Mac. Gambar: Reuters

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad mengisytiharkan darurat di Mississippi selepas puting beliung yang melanda negeri itu mengakibatkan kemusnahan dan kematian.

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas puting beliung dan ribut melanda Mississippi pada malam Jumaat. 

Rumah Putih dalam satu kenyataan menjelaskan "pembiayaan persekutuan tersedia untuk mereka yang terjejas di daerah Carroll, Humphreys, Monroe, dan Sharkey" susulan pengumuman Biden itu, lapor Agensi Anadolu.

Empat daerah berkenaan dilaporkan terjejas teruk akibat bencana itu, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi.

Biden telah melantik pegawai penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan, John Boyle untuk "menyelaras operasi pemulihan persekutuan di kawasan yang terjejas.

"Penilaian kerosakan akan dijalankan di kawasan lain, dan lebih banyak daerah serta bantuan tambahan mungkin disalurkan selepas penilaian selesai dibuat," menurut kenyataan itu.

Selain kematian dan kemusnahan, bencana itu juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Mississippi dan negeri-negeri berhampiran.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi