- Iklan -
Luar Sana

Biden janji bantu mangsa kebakaran hutan di Maui

Presiden AS itu berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Harta benda Penduduk di kawasan kejiranan di bandar Lahaina musnah akibat kebakaran hutan di pulau Maui di Hawaii, 15 Ogos. Gambar: Reuters
Harta benda Penduduk di kawasan kejiranan di bandar Lahaina musnah akibat kebakaran hutan di pulau Maui di Hawaii, 15 Ogos. Gambar: Reuters

Presiden AS Joe Biden pada Selasa berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi susulan tragedi kebakaran hutan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 99 nyawa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Isteri saya, Jill, dan saya akan pergi ke Hawaii secepat mungkin," kata Biden semasa berucap di Milwaukee, Wisconsin.

Dalam pada itu, Biden berkata beliau mahu memastikan bahawa penduduk Maui mendapat sokongan yang diperlukan.

“Semua yang mereka perlukan, mereka akan dapat,” janji presiden itu.

Presiden AS itu juga berkata beliau menghubungi Gabenor Hawaii Josh Green pada Selasa untuk membincangkan pemulihan Hawaii selepas tragedy kebakaran hutan itu.

"Saya meyakinkan gabenor bahawa Hawaii akan terus menerima bantuan yang diperlukan daripada kerajaan persekutuan," kata Biden dalam catatan di media sosial.

Kebakaran hutan berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii.

Pekan kecil Lahaina di Maui, yang mempunyai 13,000 penduduk turut terjejas.

Sehingga pagi Selasa, jumlah kematian yang disahkan adalah 99, dan hanya empat mangsa telah dikenal pasti setakat ini, menurut polis Maui.