- Iklan -
Luar Sana

Lagi Korea Utara lancarkan 4 peluru berpandu

Pelancaran peluru berpandu itu dikesan dari bandar utara Hamhungi pada pagi Rabu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Peluru berpandu jelajah strategik dilancarkan semasa latihan dalam gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara pada 24 Februari. Gambar: Reuters
Peluru berpandu jelajah strategik dilancarkan semasa latihan dalam gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara pada 24 Februari. Gambar: Reuters

Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Turus Bersama berkata pihaknya mengesan pelancaran peluru berpandu itu dari bandar utara Hamhungi pada pagi Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Kami percaya empat (peluru berpandu dilancarkan)," kata menteri itu.

Sejak kebelakangan ini Korea Utara dilaporkan telah banyak melakukan provokasi termasuk pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-17 pada minggu lepas ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat menjalankan latihan ketenteraan.