- Iklan -
Luar Sana

Ratusan penerbangan di Jerman dibatalkan akibat mogok

Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin terpaksa membatalkan kira-kira 200 penerbangan, menjejaskan 27,000 pelancong.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kakitangan lapangan terbang melancarkan mogok di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin yang dianjurkan oleh kesatuan sekerja Jerman Verdi di Berlin, 13 Mac. Gambar: Reuters
Kakitangan lapangan terbang melancarkan mogok di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin yang dianjurkan oleh kesatuan sekerja Jerman Verdi di Berlin, 13 Mac. Gambar: Reuters

Beratus-ratus penerbangan di empat lapangan terbang Jerman dibatalkan pada Isnin ekoran kakitangan keselamatan melancarkan mogok sehari.

Lapangan terbang antarabangsa Berlin mengumumkan bahawa semua penerbangan komersial pada Isnin dibatalkan.

Lapangan terbang itu terpaksa membatalkan kira-kira 200 penerbangan, menjejaskan 27,000 pelancong, lapor Agensi Anadolu.

Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan mereka untuk mengetahui status penerbangan semasa.

Lapangan terbang Hamburg juga memaklumkan bahawa tiada pelepasan akan dilakukan pada Isnin, dan mogok itu mungkin akan menyebabkan pembatalan dan kelewatan.

Gangguan dan pembatalan penerbangan juga dijangka berlaku di lapangan terbang Bremen dan Hanover.

Kesatuan sekerja menuntut kenaikan gaji melebihi inflasi, kadar saraan yang lebih tinggi untuk kerja lebih masa dan syif malam serta penambahbaikan persekitaran kerja.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi