- Iklan -
Luar Sana

Instagram alami gangguan, beribu pengguna terjejas di seluruh dunia

Kebanyakan pengguna yang terjejas berada di AS, UK, India dan Australia.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pengguna Instagram di beberapa negara melaporkan isu mengakses platform perkongsian gambar milik Meta itu. Gambar: Pexels
Pengguna Instagram di beberapa negara melaporkan isu mengakses platform perkongsian gambar milik Meta itu. Gambar: Pexels

Platform perkongsian gambar milik Meta, Instagram mengalami masalah dan memberi kesan kepada beribu pengguna di seluruh dunia semalam, menurut laman web penjejak gangguan Downdetector.com.

Lebih 46,000 pengguna melaporkan masalah untuk mengakses ke platform perkongsian gambar itu di Amerika Syarikat (AS) pada waktu puncak, menurut Downdetector, yang menjejaki gangguan dengan menyusun laporan status daripada beberapa sumber termasuk ralat yang diserahkan pengguna pada platformnya. 

Downdetector menunjukkan kira-kira 2,000 pengguna terjejas dari UK, dan lebih 1,000 laporan masing-masing dari India dan Australia. 

Meta bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu ketika ditanya Reuters.