Racun pelajar sekolah jenayah yang tidak boleh dimaafkan, kata pemimpin tertinggi Iran
Lebih seribu pelajar perempuan di sekolah berbeza mengalami serangan 'racun misteri', dengan pegawai, ahli politik menyifatkan mereka menjadi sasaran kumpulan agama yang menentang pendidikan terhadap perempuan.
Terkini
Pemimpin tertinggi Iran pada Isnin berkata perbuatan meracuni pelajar sekolah sejak beberapa bulan kebelakangan ini merupakan jenayah yang “tidak boleh dimaafkan" ketika merebaknya racun misteri di seluruh negara sehinggakan beratus-ratus pelajar perempuan dimasukkan ke hospital.
"Pihak berkuasa patut serius selesaikan isu keracunan pelajar. Ini adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan... pelaku jenayah ini harus dihukum berat," Ayatollah Ali Khamenei dipetik sebagai berkata oleh media kerajaan.
Lebih seribu pelajar perempuan Iran di sekolah yang berbeza mengalami serangan "racun misteri" sejak November, menurut media kerajaan dan pegawai, dengan beberapa ahli politik menyifatkan mereka mungkin menjadi sasaran kumpulan agama yang menentang pendidikan terbadap perempuan.
Serangan racun misteri bermula pada November di Qom di tengah Iran yang kini merebak ke sekurang-kurangnya 25 daripada 31 wilayah Iran, mendorong beberapa ibu bapa membawa membawa pulang anak mereka dari sekolah selain mengadakan bantahan terhadap kerajaan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
