- Iklan -
Luar Sana

Semua negara harap China tidak bekalkan senjata kepada Rusia, kata menteri luar Australia

Washington dan sekutunya mendakwa dalam beberapa minggu kebelakangan ini China sedang mempertimbangkan untuk menyediakan senjata kepada Rusia.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa individu berpakaian seragam tentera berjalan di sepanjang Red Square di hadapan St Basil's Cathedral di tengah Moscow pada 13 Februari. Gambar: AFP
Beberapa individu berpakaian seragam tentera berjalan di sepanjang Red Square di hadapan St Basil's Cathedral di tengah Moscow pada 13 Februari. Gambar: AFP

Menteri luar Australia berkata beliau ada membangkitkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan rakan sejawatannya dari China.

Penny Wong ketika ditemui selepas pertemuan itu memaklumkan semua negara mahu melihat China "melakukan perkara yang betul" dan tidak membekalkan senjata kepada Rusia. 

Washington dan sekutunya berkata dalam beberapa minggu kebelakangan ini China sedang mempertimbangkan untuk menyediakan senjata kepada Rusia, yang dinafikan Beijing. 

Wong berkata beliau membangkitkan tingkah laku Rusia dalam pertemuannya dengan menteri luar China Qin Gang di luar mesyuarat G20 di New Delhi. 

Wong memberitahu wartawan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Ukraine, tetapi dunia melihat China turut bertanggungjawab ke atas Ukraine memandangkan hubungan rapatnya dengan Moscow.

"Saya akan ambil perhatian bahawa (Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky) sendiri berkata beliau mahu percaya bahawa China akan melakukan perkara yang betul dan tidak membekalkan senjata kepada Rusia. Dan itu bukan sahaja seruan Australia, tetapi seruan semua negara," katanya.

Amerika Syarikat menyuarakan pendapat terhadap sekutu rapatnya tentang kemungkinan mengenakan sekatan baharu ke atas China jika Beijing memberikan sokongan ketenteraan kepada Rusia dalam perang ini, lapor Reuters, memetik empat pegawai AS dan sumber lain. 

Seorang diplomat terkemuka China di Australia menerbitkan artikel dalam media tempatan pada Rabu dengan menuduh Nato sebagai punca konflik, dan walaupun Rusia "dikelilingi oleh negara-negara Barat" ia tidak mampu tunduk oleh sekatan atau kalah di medan perang. 

“Membimbangkan, krisis kini bertukar menjadi konfrontasi antara Nato dan Rusia,” tulis Ruan Zongze, konsul jeneral China di Queensland, sambil menambah China akan menyokong Rusia menyelesaikan isu itu melalui rundingan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.