AS selar kenyataan menteri Israel hapuskan perkampungan Palestin
Jurucakap Jabatan Negara Ned Price menggesa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu.
Terkini
Amerika Syarikat menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel supaya menghapuskan perkampungan Hawara di Palestin dan menyifatkan ia sebagai "tidak bertanggungjawab" dan "menjijikkan".
“Sama seperti kami mengecam tindakan Palestin menghasut lakukan keganasan, kami juga mengutuk kenyataan provokasi ini yang sama seperti hasutan keganasan,” lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Jabatan Negara Ned Price.
Beliau menggesa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu.
Menteri Kewangan Bezalel Smotrich berkata Huwara harus "dihapuskan" selepas keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.