Rusia larang pegawai kerajaan guna perkataan asing
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata beliau mahu melindungi Rusia daripada ancaman kemerosotan budaya Barat yang cuba memusnahkan negaranya.
Terkini
Pegawai kerajaan Rusia akan dilarang daripada menggunakan kebanyakan perkataan bahasa luar semasa menjalankan tugas mereka, menurut undang-undang yang dipinda berkait penggunaan rasmi bahasa Rusia yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada Selasa.
Sejak melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine setahun lalu, Putin berkata beliau mahu melindungi Rusia daripada apa yang digelarnya sebagai kemerosotan budaya Barat yang cuba memusnahkan negaranya.
Pindaan kepada undang-undang tahun 2005 dibuat bagi melindungi dan menyokong status Rusia, menurut teks yang disiarkan di laman web kerajaan.
"Apabila menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa Persekutuan Rusia, tidak dibenarkan menggunakan perkataan dan ungkapan yang tidak sesuai dengan norma bahasa Rusia moden... kecuali perkataan asing yang tidak mempunyai padanan sepadan dalam bahasa Rusia," menurut teks itu.
Senarai perkataan berasaskan bahasa luar yang masih boleh digunakan akan diterbitkan secara berasingan. Pindaan itu tidak menyebut sebarang hukuman bagi mereka yang gagal menghormati undang-undang yang dikemas kini tersebut.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.