- Iklan -
Luar Sana

Biden lantik 25 eksekutif untuk Majlis Eksport Presiden

Menurut Rumah Putih, majlis itu akan menasihati presiden tentang dasar dan program yang menjejaskan prestasi perdagangan AS sambil menggalakkan perkembangan eksport.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, 28 Februari. Gambar: Reuters
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, 28 Februari. Gambar: Reuters

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan hasratnya untuk melantik 25 individu menganggotai Majlis Eksport Presiden, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Rumah Putih pada Selasa.

Majlis Eksport Presiden, yang bertindak sebagai jawatankuasa penasihat utama kebangsaan mengenai perdagangan antarabangsa akan diketuai Mark D. Ein – seorang ahli perniagaan yang mempunyai pengalaman 35 tahun dan kini merupakan pengerusi Lindblad Expeditions, Kastle Systems dan ahli lembaga Custom Trak One Source serta ahli Collective Group Inc.

Naib pengerusinya ialah Rosalind Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Walgreens Boots Alliance pada Mac 2021 selepas berkhidmat sebagai COO dan Presiden Kumpulan di Starbucks dari Oktober 2017 hingga Januari 2021.

Anggota majlis lain termasuk presiden, CEO dan eksekutif tertinggi daripada syarikat seperti FedEx, CVS Health, Ford, United Airlines, Citi, 3M dan Qualcomm.

Menurut Rumah Putih, majlis itu akan bertindak menasihati presiden mengenai dasar dan program kerajaan yang menjejaskan prestasi perdagangan AS sambil menggalakkan perkembangan eksport.

Ia juga menyediakan forum untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan perdagangan dalam kalangan sektor perniagaan, perindustrian, pertanian, buruh dan kerajaan.