- Iklan -
Luar Sana

Seorang kanak-kanak dikesan ‘ceroboh’ pagar Rumah Putih

Akses ke kompleks itu dihadkan seketika semasa kejadian terbabit.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan Perkhidmatan Polis Rahsia AS berkawal di luar Rumah Putih di Washington, 28 Januari. Gambar: Reuters
Pasukan Perkhidmatan Polis Rahsia AS berkawal di luar Rumah Putih di Washington, 28 Januari. Gambar: Reuters

Seorang kanak-kanak dikesan ‘menceroboh’ pagar Rumah Putih di sebelah utara kediaman presiden Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Kakitangan Perkhidmatan Rahsia "menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan Rumah Putih", lapor Xinhua memetik kenyataan yang diperoleh media AS.

“Pegawai Perkhidmatan Rahsia serta-merta bertindak terhadap pengesanan sistem keselamatan Rumah Putih dan kanak-kanak kecil itu segera disatukan dengan ibu bapanya," menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Perkhidmatan Rahsia Anthony Guglielmi.

Akses ke kompleks itu dihadkan seketika semasa kejadian terbabit, menurut The Associated Press.

Pegawai Perkhidmatan Rahsia juga dilaporkan telah menyoal secara ringkas ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan Taman Negara AS dan Perkhidmatan Rahsia telah berusaha membina pagar baharu sekeliling Rumah Putih sejak Julai 2019 selepas pelanggaran keselamatan sebelum ini.