- Iklan -
Luar Sana

Turkiye haramkan buang pekerja, tawar sokongan gaji di zon gempa bumi

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Turkiye untuk meminimumkan kesan ekonomi akibat gempa bumi terburuk di negara itu dalam sejarah moden yang mengakibatkan puluhan ribu orang terkorban.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki memeluk keluarganya ketika mereka menunggu bas untuk memindahkan mereka ke wilayah selamat selepas gempa bumi terbaru di Antakya, wilayah Hatay, Turkiye, 21 Februari. Gambar: Reuters
Seorang lelaki memeluk keluarganya ketika mereka menunggu bas untuk memindahkan mereka ke wilayah selamat selepas gempa bumi terbaru di Antakya, wilayah Hatay, Turkiye, 21 Februari. Gambar: Reuters

Turkiye melancarkan skim sokongan gaji sementara dan mengharamkan pemberhentian kakitangan di 10 bandar bagi melindungi pekerja dan perniagaan daripada kesan kewangan akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan negara itu awal bulan ini. 

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Turkiye untuk meminimumkan kesan ekonomi akibat gempa bumi terburuk di negara itu dalam sejarah moden yang mengakibatkan puluhan ribu orang terkorban. 

Majikan yang tempat kerjanya "rosak teruk atau sederhana" akan mendapat manfaat daripada sokongan untuk menampung sebahagian gaji pekerja yang dipotong waktu kerja, kata warta rasmi negara itu hari ini. 

Larangan pemberhentian pekerja juga diperkenalkan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi yang diletakkan dalam keadaan darurat. 

Parlimen Turkiye mengenakan darurat selama tiga bulan pada 7 Februari, selepas permintaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kerajaan negara itu juga menawarkan sokongan gaji dan mengenakan larangan pemberhentian pekerja pada 2020 dalam usaha untuk mengurangkan tamparan ekonomi akibat Covid-19. 

Kumpulan perniagaan dan ahli ekonomi berkata gempa bumi itu boleh menelan belanja Ankara sehingga AS$100 bilion (kira-kira RM444 bilion) untuk membina semula perumahan dan infrastruktur, dan mengurangkan satu hingga dua mata peratusan daripada pertumbuhan ekonomi tahun ini.