Korea Utara lancar ujian peluru berpandu Hwasong-15 antara benua, menurut laporan
Peluru berpandu itu jatuh ke dalam laut di zon ekonomi eksklusif Jepun, kata ketua setiausaha kabinet Jepun.
Terkini
Korea Utara didakwa melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-15 pada Sabtu sebelum jatuh ke dalam laut, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Peluru berpandu itu dilancarkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang pada petang Sabtu.
Hwasong-15 mencapai ketinggian maksimum 5,768 kilometer (3,584 batu) dengan meliputi jarak perjalanan sejauh 989 kilometer.
Menteri Pertahanan Jepun Yasukazu Hamada berkata bahawa peluru berpandu itu berpotensi menjelajah sejauh 14,000 kilometer (8,700 batu) sehingga ke Amerika Syarikat.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno berkata peluru berpandu itu kemudiannya jatuh ke dalam laut, kira-kira 200 kilometer dari barat pulau Oshima, dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.
Negara-negara jiran mengutuk tindakan Pyongyang, tiga bulan selepas Korea Utara melancarkan ujian ICBM Hwasong-17.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.