Mexico beri penghormatan terakhir kepada anjing penyelamat misi di Turkiye
Proteo adalah salah satu daripada anjing penyelamat yang dihantar Mexico bersama 130 anggota tentera susulan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang mengorbankan lebih 35,000 orang di Turkiye dan Syria.
Terkini
Mexico pada Isnin memberi penghormatan terakhir kepada anjing penyelamat tentera yang mati ketika mencari mangsa terselamat yang tertimbus di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Turkiye.
Menteri Pertahanan Luis Cresencio Sandoval mengumumkan kematian anjing jenis “shepherd” dari Jerman yang dipanggil Proteo pada sidang akhbar harian Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.
“Anda sudah menyelesaikan misi... terima kasih atas jasa yang diberikan,” kata tentera di Twitter.
Proteo adalah salah satu daripada anjing penyelamat yang dihantar Mexico bersama 130 anggota tentera susulan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang mengorbankan lebih 35,000 orang di Turkiye dan Syria.
"Anda adalah anjing yang sentiasa kuat dan rajin bekerja dan tidak pernah berputus asa. Saya akan sentiasa mengingati anda," kata seorang penyelamat yang berkhidmat bersama Proteo dalam video.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.