- Iklan -
Luar Sana

Bekas pegawai tinggi polis Indonesia dijatuhi hukuman mati kes bunuh pengawal peribadi

Mahkamah dapati tindakannya telah mencemarkan imej pasukan polis.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia Ferdy Sambo, 50, ketika menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan di Jakarta, Indonesia pada 13 Februari. Gambar: Reuters
Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia Ferdy Sambo, 50, ketika menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan di Jakarta, Indonesia pada 13 Februari. Gambar: Reuters

Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia Ferdy Sambo, 50, ketika menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan di Jakarta, Indonesia, 13 Februari. Gambar: Reuters

Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu.

Ferdy Sambo, 50, juga didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim Wahyu Iman Santoso.

Beliau berkata bekas jeneral itu didapati bersalah dan mahkamah mendapati tindakannya telah mencemarkan imej pasukan polis.

Tindakan Ferdy telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat awam dan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, kata Wahyu dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan hari ini.

Mahkamah Daerah Jakarta Selatan juga menolak hujah pembelaan bahawa pengawal peribadi Nofriansyah Yosua Hutabarat telah melakukan gangguan seksual terhadap isteri Ferdy, berikutan kekurangan bukti.

Mahkamah mendapati Ferdy telah mengarahkan pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah dan dia turut melepaskan tembahkan ke arah mangsa dalam kejadian yang berlaku di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.

Dia dipecat pada 25 Ogos 2022 manakala isterinya, Putri Candrawathi dan tiga lagi pembantu turut didakwa atas tuduhan terbabit dalam pembunuhan yang dirancang.