- Iklan -
Luar Sana

Lubnan rayu dunia Arab bantu pulih ekonominya

Menteri ekonomi Lubnan juga seru negara Arab bersatu tangani perbezaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berjalan melepasi Bank of Beirut yang ditutup di Sidon, Lubnan, 7 Februari. Gambar: Reuters
Seorang lelaki berjalan melepasi Bank of Beirut yang ditutup di Sidon, Lubnan, 7 Februari. Gambar: Reuters

Menteri Ekonomi Lubnan Amin Salam pada Ahad merayu sokongan dunia Arab untuk membantu negara itu yang berhadapan kekurangan wang di tengah-tengah krisis ekonomi, lapor Agensi Anadolu. 

"Lubnan dihimpit krisis demi krisis sejak sedekad lalu sehingga sekarang dan kini buntu. Ia perlukan sokongan anda.

“Lubnan juga merayu saudara Arabnya untuk menghulurkan bantuan ekoran krisis ekonomi dan kewangan yang belum pernah berlaku dalam sejarah,” kata Salam pada persidangan mengenai Baitulmaqdis di ibu pejabat Liga Arab yang berpangkalan di Kaherah

Beliau turut menyeru negara-negara Arab supaya menangani perbezaan.

"Lubnan merasai penderitaan ini dan masih belum pulih daripada kesan letupan 4 Ogos 2020 yang memusnahkan separuh daripada bandar Beirut," katanya.

Sejak 2019, Lubnan dibelenggu krisis ekonomi yang melumpuhkannya dan menurut Bank Dunia, krisis kewangan negara itu adalah antara yang terburuk pernah berlaku di era moden.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.