- Iklan -
Luar Sana

Presiden Ukraine buat lawatan mengejut ke Perancis

Kyiv perlukan bantuan senjata berat dan pesawat secepat mungkin, kata Zelensky.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengalu-alukan kedatangan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky (kanan) di Elysee, Paris, 8 Februari. Gambar Reuters
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengalu-alukan kedatangan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky (kanan) di Elysee, Paris, 8 Februari. Gambar Reuters

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky yang dalam rangka lawatan ke United Kingdom turut singgah di Paris untuk bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Olaf Scholz.

Beliau turut menghadiri jamuan makan malam yang diadakan di pejabat presiden Perancis, menurut pihak kediaman rasmi presiden Perancis, Elysee.

Pada sidang media di Elysee pada Rabu, Macron menegaskan semula sokongan tidak berbelah bahagi Perancis dan Eropah kepada Ukraine.

“Apa yang berlaku di Ukraine boleh menjejaskan masa depan Eropah,” katanya, lapor Xinhua.

Zelensky berkata Ukraine memerlukan bantuan senjata berat dan pesawat "secepat mungkin".

Macron dan Scholz berkata Perancis, Jerman dan Kesatuan Eropah berhasrat untuk meneruskan "usaha" mereka menghantar senjata.

Jerman akan terus menyokong Ukraine selagi diperlukan, kata Scholz.

Zelensky, Macron dan Scholz akan bertemu semula di Brussels semasa mesyuarat khas Majlis Eropah pada Khamis.