8 pelajar mati lemas selepas bot karam di Ghana
Lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun antara mangsa yang lemas.
Terkini
Lapan pelajar sekolah di Wilayah Timur Bono Ghana mati lemas pada Selasa selepas bot yang membawa mereka ke sekolah terbalik di Tasik Volta, menurut pegawai.
Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadmo) memberitahu media lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun itu adalah antara 20 pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah di Wayokope, sebuah komuniti di seberang tasik, lapor Xinhua.
Ibrahim Wudonyim, penyelaras Nadmo, berkata Unit Polis Marin Perkhidmatan Polis Ghana, dibantu oleh beberapa penduduk tempatan, menemui mayat pelajar berkenaan.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.