- Iklan -
Luar Sana

Lebih sejuta penduduk bantah reformasi pencen di Perancis

Ia susulan Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne membentangkan butiran pelan pembaharuan pencen negara yang akan meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun menjelang 2030.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kesatuan terbesar Perancis CGT menganggarkan seramai dua juta orang terlibat dalam bantahan rancangan pembaharuan pencen kerajaan di seluruh negara itu. Gambar: Reuters
Kesatuan terbesar Perancis CGT menganggarkan seramai dua juta orang terlibat dalam bantahan rancangan pembaharuan pencen kerajaan di seluruh negara itu. Gambar: Reuters

Kira-kira 1.12 juta rakyat Perancis turun ke jalan raya di seluruh negara pada Khamis untuk membantah rancangan pembaharuan pencen kerajaan, lapor Xinhua.

Kesatuan terbesar Perancis CGT menganggarkan seramai dua juta orang terlibat dalam bantahan di seluruh negara itu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis di Paris sahaja seramai 80,000 penunjuk perasaan  menyatakan ketidakpuasan mereka.

Serentak itu, pekerja di beberapa sektor melancarkan mogok 24 jam. Mogok syarikat kereta api Perancis SNCF sahaja mencapai 46.3%, mengakibatkan banyak pembatalan perkhidmatan serantau dan nasional.

Di wilayah Ile-de France, lokasi terletaknya Paris, sektor pengangkutan awam mengurangkan kekerapan metro dan trem.

Pada 10 Januari, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne membentangkan butiran pelan pembaharuan pencen negara yang kontroversial yang akan meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun secara berperingkat menjelang 2030 dan akan menetapkan pencen minimum. 

Borne memberitahu sidang akhbar bahawa mulai 2027, orang ramai perlu bekerja selama 43 tahun untuk layak mendapat pencen penuh.