- Iklan -
Berita

16 pesawat, 3 kapal tentera China dikesan dekati Taiwan

Empat daripada pesawat itu dikenal pasti sebagai pesawat pengebom Xian JH-7, dron peninjau BZK-007 dan dua jet pejuang Shenyang J-16.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar ilustrasi pesawat dan kapal tentera China yang mendekat Taiwan. Gambar: Reuters
Gambar ilustrasi pesawat dan kapal tentera China yang mendekat Taiwan. Gambar: Reuters

Kementerian Pertahanan Taiwan pada Khamis berkata 16 pesawat dan tiga kapal tentera laut China dikesan dalam tempoh 24 jam lepas berhampiran negara pulau itu yang dituntut oleh Beijing, lapor Sputnik.

"16 pesawat PLA dan tiga kapal tentera laut PLAN dikesan di sekitar Taiwan pada 6 pagi hari ini," kata kementerian itu, merujuk kepada aset tentera dan tentera laut negara itu.

Empat daripada pesawat itu dikenal pasti sebagai pesawat pengebom Xian JH-7, dron peninjau BZK-007 dan dua jet pejuang Shenyang J-16.

Kementerian memantau keadaan itu dan mengarahkan pesawat peronda udara tempur, kapal tentera, dan sistem peluru berpandu darat "bertindak balas terhadap aktiviti ini."

Ketegangan antara China dan Taiwan, yang ditadbir secara bebas daripada tanah besar, memuncak selepas Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat Nancy Pelosi melawat pulau itu pada Ogos.

Beijing memberi amaran kepada kuasa-kuasa Barat agar kekal dengan pendirian menyokong polisi satu China bagi mengelak pemisahan Taiwan.