- Iklan -
Dunia

Bilangan penghidap diabetes bawah 20 tahun dijangka meningkat di AS

Trend peningkatan itu meramalkan seramai 220,000 orang muda menghidap diabetes jenis dua pada 2060.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan kaki di sepanjang Wall Street di New York Stock Exchange pada 7 Oktober. Gambar: AFP
Orang ramai berjalan kaki di sepanjang Wall Street di New York Stock Exchange pada 7 Oktober. Gambar: AFP

Jumlah penghidap diabetes yang berusia 20 tahun ke bawah dijangka meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa dekad akan datang di Amerika Syarikat, menurut kajian pemodelan baru yang diterbitkan pada Khamis.

Menurut kajian yang diterbitkan Diabetes Carerend, trend peningkatan itu meramalkan seramai 220,000 orang muda menghidap diabetes jenis dua pada 2060, iaitu peningkatan hampir 700%, lapor Xinhua.

Bilangan golongan muda yang menghidap diabetes jenis satu pula dijangka meningkat sebanyak 65% dalam tempoh 40 tahun akan datang, menurut kajian itu.

Meskipun kadar diagnosis diabetes dalam kalangan golongan muda kekal sama selama beberapa dekad, diagnosis diabetes jenis dua dijangka mampu mencatatkan peningkatan hampir 70% dan diagnosis diabetes jenis satu mampu meningkat tiga peratus menjelang 2060.

"Penyelidikan baru ini seharusnya menjadi amaran awal untuk kita semua.

"Adalah penting untuk kita menumpukan usaha ke arah memastikan semua rakyat Amerika, terutamanya golongan muda mengamalkan gaya hidup yang sihat," kata Debra Houry, pemangku timbalan pengarah utama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.