- Iklan -
Dunia

Jepun rancang beli 500 peluru berpandu Tomahawk AS

Jepun merancang membeli sehingga ratusan peluru berpandu sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan balas negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Peluru berpandu Tomahawk dilancarkan daripada kapal pemusnah Arleigh Burke di Laut Mediterranean pada 29 Mac 2011. Gambar: AFP
Peluru berpandu Tomahawk dilancarkan daripada kapal pemusnah Arleigh Burke di Laut Mediterranean pada 29 Mac 2011. Gambar: AFP

Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan balas negara, lapor Sputnik.

Pada Rabu akhbar Jepun Yomiuri Shimbun memetik sumber kerajaan bahawa Tokyo sedang mengubah suai peluru berpandu permukaan ke kapal Jenis 12 untuk mengukuhkan keupayaan serangan balasnya dalam program pembangunan peluru berpandu tindak balas, yang akan membolehkan tentera Jepun mencapai sasaran di luar jangkauan pertahanan musuh, kata laporan itu.

Peluru berpandu baru itu akan dibangunkan di bawah program peluru berpandu tindak balas sebagai pengganti sistem pertahanan peluru berpandu balistik darat AS Aegis Ashore, yang dihentikan penggunaannya oleh Jepun pada 2020 ekoran risiko serpihan peringkat atas jatuh di kawasan kediaman.

Pada Isnin Kementerian Pertahanan Jepun dilaporkan sedang menimbang untuk melengkapkan kapal selamnya dengan peluru berpandu jarak jauh untuk meningkatkan kapasiti serangan balas.

Kapal selam yang digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun tidak mudah dikesan dan jika dilengkapi peluru berpandu Jenis 12 yang diubah suai, mereka akan dapat membuat serangan ke atas pangkalan musuh dari luar jangkauan pertahanan mereka.