- Iklan -
Dunia

Angka korban tragedi rempuhan Itaewon meningkat sebanyak 158 orang

Dalam pada itu 196 lagi cedera dan 10 lagi masih dirawat di hospital.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Polis berkawal di kawasan tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul, Korea Selatan. Gambar: AFP
Polis berkawal di kawasan tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul, Korea Selatan. Gambar: AFP

Seorang lagi mangsa rempuhan Itaewon, Seoul disahkan meninggal dunia sekali gus menjadikan jumlah korban terkini mencecah 158, lapor agensi berita Yonhap.

Ibu pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Isnin memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.

Setakat ini, seramai 132 warga Korea Selatan dan 26 warga asing terbunuh akibat kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween di daerah Itaewon pada 29 Oktober.

Prosedur pengebumian untuk 130 warga tempatan telah selesai manakala 24 mayat warga asing telah dihantar ke negara asal masing-masing.

Seramai 196 orang cedera, 10 masih dirawat di hospital.