1 maut, 3 cedera insiden amuk di Seoul
Lelaki bersenjatakan pisau itu mengamuk berhampiran pintu keluar stesen itu kira-kira 2 petang, membunuh seorang lelaki berusia 20-an.
Terkini
Seorang lelaki mengamuk berhampiran stesen kereta api bawah tanah Sillim di barat daya Seoul pada Jumaat, membunuh seorang lelaki dan mencederakan tiga yang lain.
Lelaki bersenjatakan pisau itu mengamuk berhampiran pintu keluar stesen itu kira-kira 2 petang, membunuh seorang lelaki berusia 20-an.
Tiga lagi lelaki yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan dengan seorang daripada mangsa dilaporkan dalam keadaan parah, menurut Agensi Berita Yonhap.
Polis tidak lama kemudian menahan suspek, seorang lelaki berusia 30-an di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan motif dan kaitan antara suspek dan mangsa.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.