Lula menang pusingan kedua pilihan raya presiden Brazil
Bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva memperoleh 59.8 juta undi mengatasi Jair Bolsonaro dari Parti Liberal dengan 57.8 juta undi.
Terkini
Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dari Parti Pekerja (PT) memenangi pusingan kedua pemilihan presiden pada Ahad dan akan memulakan tugasnya bermula 1 Januari 2023 untuk penggal empat tahun, lapor Xinhua.
Menurut data dikeluarkan Tribunal Pilihan Raya, Lula da Silva memperoleh 59.8 juta undi (50.86%) mengatasi Presiden semasa Jair Bolsonaro dari Parti Liberal (PL) dengan 57.8 juta undi (49.14%).
Keputusan itu sekali gus mencatatkan kemenangan tipis dalam sejarah pilihan raya presiden Brazil.
Pada pusingan pertama 2 Oktober lalu, Lula da Silva memperoleh 48.3% undian berbanding Bolsonaro yang menerima 43.2%.
Dalam kempen pilihan rayanya, Lula da Silva menumpukan isu sosial termasuk berikrar melaksanakan kenaikan gaji minimum, pengukuhan syarikat milik kerajaan dan usaha membasmi kelaparan dan kemiskinan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.