- Iklan -
Dunia

Korea Selatan isytihar berkabung atas tragedi pesta Halloween

Orang ramai yang berpesta di daerah Itaewon berhimpit akibat rempuhan di sebuah lorong pada malam Sabtu mengakibatkan ratusan terkorban.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol melawat tempat kejadian di mana ramai yang maut dan cedera akibat rempuhan dalam sebuah pesta Hallowen di, Seoul. Gambar: Reuters
Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol melawat tempat kejadian di mana ramai yang maut dan cedera akibat rempuhan dalam sebuah pesta Hallowen di, Seoul. Gambar: Reuters

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengisytiharkan tempoh berkabung susulan tragedi pesta Halloween mengorbankan kira-kira 151 orang di kawasan hiburan malam yang penuh sesak di Seoul.

Yoon mengucapkan takziah kepada mangsa dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh.

"Ini benar-benar tragis," katanya dalam satu kenyataan.

"Tragedi dan bencana yang tidak sepatutnya berlaku berlaku di tengah-tengah Seoul malam tadi."

Orang ramai meraikan pesta Halloween di daerah Itaewon yang popular sehingga ke lorong pada Sabtu malam, kata pegawai kecemasan, sambil menambah jumlah kematian mungkin meningkat.

Ketua Balai Bomba Choi Sung-beom, berkata 151 kematian telah disahkan, termasuk 19 warga asing. 

Beliau memberi taklimat  82 orang cedera di tempat kejadian, 19 daripadanya parah.

Ia merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan Covid-19 dan penjarakan sosial. Ramai peserta pesta memakai topeng dan kostum Halloween.

Beberapa saksi menyifatkan orang ramai menjadi semakin tidak terkawal dan gelisah apabila malam semakin gelap ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.20 malam waktu tempatan.

Saksi turut menggambarkan keadaan huru-hara sebelum rempuhan berlaku di mana gambar di mdia sosial menunjukkan ratusan orang terhimpit dalam ruang sempit sehingga terpaksa dibantu polis untuk melepaskan diri.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dalam lingkungan 20-an, manakala warga asing yang terbunuh termasuk termasuk warga China, Iran, Uzbekistan dan Norway.