PM Palestin kecam hasrat Liz Truss pindah kedutaan Britain ke Baitulmaqdis
Mohammed Istaye berkata langkah itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Terkini
Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis "adalah melanggar undang-undang antarabangsa," lapor Xinhua.
Memindahkan kedutaan British ke Baitulmaqdis "akan menjejaskan hubungan dua hala dengan Palestin dan negara Arab serta Islam, serta mengeluarkan Britain daripada sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian bagi menamatkan konflik di Palestin," kata Ishtaye pada mesyuarat mingguan kabinet.
“Kerajaan Palestin menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri baru Britain, Liz Truss dan janjinya untuk menyemak kembali lokasi kedutaan Britain bagi tujuan pemindahan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Sebarang perubahan dalam status quo di Baitulmaqdis akan menjejaskan penyelesaian dua negara," kata Ishtaye.
Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka bersama Israel di wilayah yang diduduki Israel sejak 1967, termasuk Tebing Barat dan Gaza, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, manakala Israel berkeras agar seluruh Baitulmaqdis dijadikan ibu negaranya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
