Penyanyi rap Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun
Coolio atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr terkenal dengan lagu 'Gangsta's Paradise'.
Terkini
Penyanyi rap dan pemenang Anugerah Grammy terkenal Coolio meninggal dunia pada pada usia 59 tahun selepas didapati tidak sedarkan diri di rumah rakannya semalam di Los Angeles, lapor New York Times.
Coolio, atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr, terkenal dengan single "Gangsta's Paradise" pada tahun 1995 daripada album dengan nama yang sama.
Lagu hit itu menjadi runut bunyi dalam filem Dangerous Minds, memenangi Anugerah Grammy bagi persembahan solo rap terbaik pada 1996..
Penyanyi rap itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang di hospital tempatan, kata pengurusnya Jarez Posey.
Punca kematiannya masih belum diketahui.
Ivey, yang dilahirkan di Pennsylvania pada 1963, mula membuat persembahan selepas berpindah ke Compton, California.
Beliau mengeluarkan album sulungnya, "It Takes a Thief", pada 1994, dan berjaya menduduki 10 terbaik dengan lagu “Lakeside.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
