Dunia
Presiden Ukraine selamat dalam nahas jalan raya
Volodymyr Zelensky tidak mengalami kecederaan serius dalam nahas di Kyiv hari ini.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya di Kyiv pada Khamis, tetapi tidak mengalami kecederaan serius, lapor Agensi Anadolu.
Jurucakapnya, Sergii Nikiforov, menerusi Twitter berkata sebuah kereta persendirian telah bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Zelenskyy dan kenderaan pengiringnya.
Pemandu kenderaan persendirian itu dibawa ke hospital selepas menerima bantuan kecemasan di tempat kejadian.
Punca kemalangan akan disiasat.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.